Friday, January 29, 2010

weiyh, aku TAKUT nak TIDO nih. temankan aku boleh..?

penat lepas gelak-gelak. tak ngantuk. serius aku jadi zombi esok dalam kelas.

alangkah bestnye kalau life kat kolej ini sehebat life kat kolej yang lain. sayangnya, kolej ni memang tak de ape pun yang best kecuali benda-benda yang membestkan. macam playground kat umah pengetua dan mesin ATM loser yang hanya keluarkan nota RM50 hinggit je.

sejak masuk sem 4 nih, aku tido lebih kurang dalam lingkungan pukul 3-5. tiap-tiap hari aku tido lambat. tiap-tiap hari bangun lambat jugak. macam tiba-tiba hobi aku dah bertukar jadi tidoman. tiba-tiba jadi macam member aku. name die tidoman. hari-hari die jadi noctural. tido lambat. siang tido lagi.

aku tak tahu macam mane nak elak benda nih. tido, tido, siang tido, malam tido, tido lambat, tido lambat sikit, lambat tido, hari-hari tido, tido, tido, tido, tido, semua suka tido, kau pun suke tido, tido hari-hari, suka tido sampai pukul 4 petang, alarm tutup sebab nak tido, tido, tido, tido, tido, tido, tido, tido. jadi aku mesti membuat sesuatu.

tdo.

aku perlu membuat sesuatu sebab counting number dah semakin mengecil. mengikut perhitungan syazwan harun dalam blognya, genap hari ni, 95 hari lagi exam IB nak hampir. aku amat takut. sape budak yang tak takut maknenye die tak amik exam IB tahun nih. (memang ler..). aku takut. serius sebab aku takut. aku jealous dengan member aku yang dah habis interbiu medic diorang sebab aku belum lagi. aku punya bulan march. aku takut. jadi kawan-kawan A237 sekalian, jangan takut, eyh silap. jangan buang mase. jom takut ramai2. haha.

aku perlukan momentum. jadi tolonglah kawan-kawan. nak momentum sikit. jangan simpan sorang-sorang weiyh. kongsi arh.

p/s takyah la ulang tido ngan takut banyak kali dod.

=) sekian.

Wednesday, January 27, 2010

should or not, should or not, should or not, should or not, again, you student. should or not, should or not, be blame. =)

bangun tido dengar bunyi drill. balik class dengar bunyi drill. baru nak tido dengar bunyi drill. nak pegi semayang dengar bunyi drill. arghh, bile la bunyi drill nih nak berhenti.


kalau korang nak tahu, banyak benda yang pelik dan non-sense tengah berlaku dalam lingkungan hidup budak-budak KMB nih.

yang pertama, penularan virus-verus lahanat, celaka dan tak bertamadun. dalam keadaan genting nih la virus-virus suka berrreproduksi. time macam nih la, dengan nak hantar EE, TOK, WorldLit la semua virus-virus aktif cam sial menerjah semua pendrive yang mungkin. Ini termasuk aku punye pendrive yang kne infected. tapi nasib baik sebab aku punya file semua dah di save di lappy kesayangan. dalam pendrive aku, semua file aku dah pun ditukar jadi binatang lain. benda ni jadi time aku nak print WorldLit aku. dan aku rase sebab utama benda nih ialah CPU sham's tech yang menjadi pusat penyebaran virus-virus nih. (sorry sham, serius memang betul kan?)

benda pelik yang kedua yang aku pasti pelik ialah penghalangan gune printer dan benda-benda yang berkaitan dengan eletrik di KMB. Lah, takkan la benda macam nih pun admin nak laksanakan. cukup arh admin dah pasang timer kat semua blok supaya nak jimat elektrik. benda nih pun nak halang. cube fikir, kalau la printer tak boleh gune maka,

1) budak-budak KMB yang memang suka print dan habiskan kertas A4 sebab nak kene hantar IA, EE dan ToK akan bergerombolan menyemak kat satu-satunya kedai printer di LRC yang

2) perkhidmatan printer kat LRC tidak berkualiti dengan hanya boleh gune beberapa printer yang

3) printer tuh walaupun canggih sebab guna technology laser, tapi ade satu kaler je, kaler hitam dan

4) CPU dalam bilik tuh takde satu pun yang pernah update yang boleh sebabkan penularan virus-virus yang

5) boleh sebabkan assignment budak-budak KMB infected dan seterusnya menjadi

6) salah student sendiri bile takboleh hantar assignment on time. soalan cliche macam, "kenapa tak hantar lagi?, kenapa takde kaler kat gambar?, tu la sape suruh buat kerja last minute?" jadi sanggaran.

pelik tak..?

lagipun, kalau nak diikutkan logik IT, bape sangatlah printer pakai voltage kan, sebab printer hanya digunakan bile perlu dan hanya menggunakan small propotion of voltage kalau nak dibandingkan dengan voltage yang digunakan oleh pendrill-pendrill untuk pembangunan kolej, cctv, dan sebagainya.

pelik

tapi ada lagi yang pelik.

aku kene habiskan hujung minggu ni khas untuk kau EE. again.. what-the-fun?

ini semua adalah alasan.

again, kita hanya mampu melihat dan terus melihat. siapa kita. kita hanya yang mengikut.

apa la yang kita mampu lakukan.

takpe, lagi beberapa bulan lagi. biarlah....

yang lemah dan dilemahkan, yang tewas terus ditewaskan, yang mengikut telunjuk terus mengikut, yang pelik terus pelik, yang menceroboh dan yang dicerobohkan telah pun memainkan peranan masing-masing.

Noordin Hassan.

sekian. =)

Monday, January 25, 2010

lagi 2 minggu je lagi.

penat. baru lepas gelak sakan dengan soyacombo, amaraju, naqibli.

just nak update. sebenarnya aku ada banyaaakkkk cerita nak kongsi. tapi disebabkan wifi yang aku guna nih betapa kedekutnya dia, jadi masa mebataskan aku nak online doplohpatjam.

masa sumpah jeles ngan kita semua kan kawan-kawan. serius, tup-tup tak sedar sekang nih dah sem 4. maknenya sekang tinggal lagi beberapa bulan aku kat Kolej lagi-tiga-bulan-final-exam Banting nih. aku kene serius. tinggal EE dengan TOK je tak settle lagi.

btw, aku nak cerita pasal weekend time sem 4 nih.

last weekend, kolej mara bahaya dah berjaya saving beberapa ribu ringgit sebab 2 jam setengah elektrik kat kmb nih takde. maksudnye blackout. disebabkan admin eager nak bubuh timer kat setiap blok, maka aku rase mereka berjaya. pengarah tersenyum sipu. =). habis.

time blackout nih, time tuh blok A memang best sebab semua budak bukan study pun. buat mende lain. tapi yang tak bestnya, time budak baru main DOTA, tibe-tibe blackout. sedih.

tapi apa yang bestnya, jalan-jalan satu kolej sebab takde electricity. tapi aku tak follow. dalam mase 2 jam setengah tuh la budak-budak masak maggi guna cara pandu puteri masak, main pingpong setengah table, tengok citer MyGirl (nih tak tahan), main gitar.

tapi yang paling best di antaranya ialah menyanyi sambil main gitar sama-sama. dengan keadaan yang gelap gelita. menyanyi lagu-lagu jiwang ramai-ramai. mane tak bestnye, lagu nak belaian jiwa ler, dan sebenarnya ler, sempurna la. semua stok lagu yang cintan-cintun. tapi bile part nyanyi ramai, mane orang kesah kau jiwang ke tak. janji lepas tension suden an. dah lepas bape banyak lagu, barulah kmb terang menyala.

dan budak-budak DOTA kembali berperang.

p/s kenapa citer aku same macam zatdin. ?


=). sekian.

Sunday, January 17, 2010

sekang dah pukul 4 pagi dan member-member aku tengah layan citer korea. what-the-fun?

mungkin aku agak ketinggalan. tapi kalau tengok citer korea FullHouse memang ketinggalan zaman ke kawan-kawan? tak tahu kenapa, aku teringin pulak nak tengok citer korea. nah, amik kau, aku dah addicted gile dengan cite korea. sampaikan episod missing pun aku berusaha gile bab mencari. tapi yang manisnya, aku dah habis fullhouse.

sekang nie, sebab dah addicted sangat, kawan-kawan aku sekarang tengah melayan my girl. tak tahu kenapa dorang sangap sangat. (which aku pun sangap jugak).

bile aku cakap kat member perempuan, kitrg kalau tgk citer korea mesti ramai-ramai. reaksi dorang amat pelik. muka dorang mencemik. fikiran dorng mungkin menyoal kenapa. mata agak sepet. dan dorang tersenyum.

jawapan dorng agak simple: "pelik nye laki tgk korea ramai. kalau pompuan tgk sorg-sorg je"

kenape pelik ke kalau laki tgk citer korea ramai2.? haha, mungkin nmpk pelik. tapi itu tak mengubah orientasi budak-budak laki nih.

in fact yang , kalau citer korea, pompuan die mesti kulit putih gebu gile, rasa macam nak pegang je. badan dorang begitu mantap dan solid. dan senyuman dorang yang sweeeetttnye. perhh, macam tak tahu la nak cakap camne lagi dan itu tak memaksa kawan-kawan aku untuk menjadi gay. malah mereka begitu happy berkongsi kegembiraan melihat perempuan-perempuan korea.

walaupun aku tak nafi yang hero dalam citer korea gile babi jambu dan handsome. patut arh dari dulu aku dok pk, asal la dak pompuan ske gile tgk citer korea. rupenye, mamat dalam citer tuh handsome gile. kalah lagi edward cullen yang korang tergila-gila sampai bukak baju pun dah macam nak pengsan, sambil sebut hensemnye die, hensemnye die... tapi serius memang dorang hensome doh...

tapi kalau laki tengok citer korea boleh jadi gay tak..? agak-agak korang..?

kesian tengok member aku, soyacombe, amaraju, naqibli's, dan layon chai jadi sampai camne... (aku harap dorang tak gay, haha)

p/s thank korang sebab hidupkan weekend nih. nice one.

sekian. (:0

Sunday, January 3, 2010

berbelit-belit post nih. =)

shabistan. puas hati. rileks. tapi lepas nih pening wat stats.

dah hari nih hari ketiga new year. takde ape-ape yang berlaku. same old. same old. nothing new. macam la ade perkara yang luarbiase berlaku, cam contohnya rumah aku bertukar jadi decepticon ataupun, pandan jaya turun salji, ataupun times square berubah jadi masjid, ataupun member aku tetibe jadi pompuan, ataupun (korang pk la sendiri).

tapi yang jadi perhatian aku kurang dari 72 jam nih, ialah rambut aku tiba-tiba jadi watak dalam cerita Prison break. (ntah cool ntah tidak). program pemberatan berat badan tidak menjadi. lagi beberapa hari nak balik kolej-mara-lagi-satu-sem-nak-blah-dah-banting. satay samuri tak lagi jadi idaman aku.

1hb Januari 2010.

aku makan sate yang still kat Kajang, tapi bukan sate Hj Samuri. and way better than sate Kajang yang dulu nye fofular gile bab sampai rase nak suh die test tuk daging biawak n tenggiling.

2hb Januari 2010.

secara spontan, aku pegi buat dry cut kan schwarkopft or watever die punye name. sbb murah. selalu aku potong situ, tapi hari ni, potongan die cam lahanat. ini tidak menyenangkan aku sebagai loyal customer. aku tak dapat kepuasan dalam menggunting rambut apatahlagi, dengan pendandan yang biase. maka aku membuat protes dengan memulaukan kedai itu selama 2 bulan. (saje saving. 2 bulan cukup arh rambut aku panjang balik).

secara ekonominya (sebab aku blaja ekonomi, bukan business), bile banyak permintaan (demand), supply akan bertambah. jadi production perlu bertambah. customer makin ramai, sebab taste meningkat. service pulak perlu efisient. tapi secara tongongnya, kalau banyak permintaan, makin lahanat la pulak die punye service. nih yang aku perhatikan.

dulu sate kajang hot. fofular gile bab. daging die peh, lemak and tak liat. kuah die masyaallah kacang tak yah nak kunyah-kunyah, derap2. sedap kan. tapi bile dah faymes, mulalah lupe diri. masak sambil lewa. masak pakai electrik, bangla yang masak. (sedap tgk bangla punya peluh melimpah ruah). kuah kacang hancur. bukak francais bersepah satu mas. tapi sate hancur. kecewa aku sebagai custoomer sejati kau.

kedai gunting rambut pulak. punye la banyak customer. tapi potong tuh beragak arh. potong la betul-betul. nih tak, potong cam nak potong rambut langsuir je. duit nak, potong cam siot. pastuh, nak bagi laku, paksa orang cuci rambut pulak. banyak cekadak kau. bek aku potong sendiri. lagi comel.

point aku ialah patutnya lagi hebat perniagaan kau, service perlu hebat gak arh. an, an, an..

tapi ade je yang lagi kecik lagi bagus. lagi kecik lagi mampat. haaa.. (suspen sket, padahal takde arh suspen mane pun).

..
..
..

jwpnnye rokok. kalau sekot 14 btg lagi sedap dr sekot 20 btg (mengikut pandangan ahli-ahli majlis naro). saje bubuh sbb die inelastic demand. rokok dah naik harga plop. ahha.


sekian.
=)

Thursday, December 31, 2009

now, hereby, i declare you are not child anymore. please proceed with your life afterward. =)

puas. penat. terkenang.

pejam celik, pejam celik dah saat nih dah masuk 2010. macam-macam dah jadi 2009. sekang perlunya berganjak ke era baru.

err, ape yang speselnye 2010 nih.? entah aku pun tak tahu. banyak sangat aku harapkan time 2010 nih. seriesly. tapi tuh la, semuanya bergantung pada usaha & qada' dan qadar.

eih, tapi yang bestnye 2010 nih, umur aku dah naik satu. memang la naik satu. semua naik satu an. tapi nih naik tukar terus. terus jadi 20-an. geez, sape la nak sangat jadi tua nih. aku pun tak nak. lagi besar, lagi banyak tanggungjawab. lagi macam-macam kite kne fikir, rasa, dengar, hidu, bau, dan lihat.

cakap pasal 2010, semua orang nak benda baru. azam baru. kalau korang blog-walking, jumpe la macam-macam benda yang dorang demand. nak hp la, nak duit la, nak kete la, nak kamera dslr la, nak laptop la, nak awek macam dipminchip la, nak faymes la ape la tu la nih la.

tapi ok la, daripada yang tak demand-demand nih, rugi weiyh. rugi korang tak demand, macam takde visi. same la yang takde resolusi yang baru. tak kesah la resolusi kau menipu gabak pun, janji dah pasang niat. resolusi yang tah pape. cam ade sorang mamat nih, dalam blog die, die nak kadar oksigen di Malaysia lebih padat dan jitu and rakyat Malaysia lebih sopan bile kentut.

just nice la kalau dia pasang niat macam nih sebab aku rase kadar oksigen yang merendah sebab pembangunan yang gile pesat and dia nak rakyat Mas jadi hebat dan bersopan santun gitu.

cakap pasal orang lain, pasal aku pulak camno en? well, resolusi yang terbaik bagi aku untuk 2010 nih, aku nak:

1) habiskan IB secepat yang mungkin.
2) nak habiskan dengan kegembiraan. hope for the best untuk IB nih.
3) lepas interview universiti. tak kesah pun twinning an.
4) moga dapat ketemu salji yang real.
5) moga dapat rasa apa itu cinta. (haa, benda nih subjektif, moga dapat cinta sejati dr Ilahi suden)

still, benda-benda nih kene adenye usaha, tawakal dan doa. semoga dak-dak IB pun gini. =)

cite panjang-panjang pun bukan korang bace. aku pun mane suke bace panjang-panjang nih.haha. (blog nih pun takde motif, bak kate noni)

tadi, aku dok selak-selak gambar, rase cam nak upload lak.

what happened in 2009 are just memories. thanks kawan-kawan yang menceriakan hidup hamba. =)


nih kat ou, lepas tgk citer pandorum yang memeningkan
sbb aku tak paham, (bukan sbb lampi). lepas tuh lepak rhasta.
hp pior hilang, tapi yang sedapnye main kad 5kali champion tak kalah
aku pun terkejut gak.. =)


time raya. raya last KMB yang paling tak berapa best.
still memory tuh ade.


with ARA eyh silap, AAR kipas-susah-mati. die cool
and gay. haha. kesian, die commit suicide.
pergi lebih awal dari kita. sob3.


sape kate aku tak support 1 malaysia.
padahal tak pun. still gak racist.
tapi aku tak racist ngan kawan2 kmb.
=)



cuti sem 3
orang balik rumah, ade la beberapa orang duk kmb lagi.
malam tuh, lepak-lepak sebab ad kereta.
ammar drive. tapi sesat jalan kat putrajaya, bajet nak cover sesat ngan ikmal,
kiteorang pun photoshoot kat jmbatan putrajaya tuh.
tapi malam tuh best.


time kat kpmsi. entah aku rase nak upload gmbr nih
teka aku mane..?


dissection of mice. aku pun tak tahu kenapa nak upload gmbr nih.
pelik.


last but not least. (senanye bnyk lagi gmbr, tapi aku malas)
time nih, kat rumah ammar. buat IA Math.
aku rindu time tuh. cool.
best. sumpah. cam lahanat.
bff.

happy new year to all. thanks sbb hidupkan blog ntah pape nih. memang pun. to the stalkers or whoever you are. dah setahun setengah dah blog nih.

moga new year nih cool bagi korang. chill suden.

=)

sekian.